BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 20, 2011

Gadis dalam doaku..♥

Gadis yang sesekali menyentuh sanubari
 adalah seorang yg mencintai agama
 yang kasih dan sayangnya
 bercampur rasa gentar dan berharap
 kepada Allah yg maha Esa
 setiap saat dan ketika
 dihabiskan dengan takwa 
dengan tidak rasa jemu
sehingga nafas terakhir
  
Gadis yg sering dalam ingatan
dalam riak wajah yang suci
terpancar Nur illahi
 basah lidahnya kerana zikrullah
 mengagungkan Tuhan yang satu
  
 Gadis yang mungkin tersemat di hati
 menutup aurat menurut syariat
 Gerun dipandang lelaki ajnabi
 menjaga kehormatan diri
    
 Gadis bertuah itu,
 sentiasa mengingatkan yang alpa
 dan bertaubat atas kesalahanya
 kerana beliau berkata kita senantiasa 
 diuji keseronokan dunia
  
 Gadis yang ku kasihi
 hidupnya sentiasa merendah diri 
 dan serba sederhana

 Gadis yang kuimpikan
 menjadi pelita untuk zuriatku 
 yang bakal menyambung 
 perjuangan di hari yang mendatang bersamaku
dialah gadis dalam doaku.....


                                                                                                                      Red_violet

dedicate to:sahabat lelaki dan "ADAM"..

Terima kasih sudi menjengah :)

No comments:

Post a Comment