BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 17, 2011

WAHAI HATI..

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..   
Kiriman Puteri Perak

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….
Terima kasih sudi menjengah :)

Dear friends,

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

    Kebelakangan ni,masa aKU tak bnyak la untuk online and buat entry blog sebab sbelah pagi aku pergi kerja then petang ada banyak benda kena buat so  ta derw masa la..kerja mane?hehe..kat koop skola lame..sementara tnggu nak smbung blaja..Kawan2 pown ta dilayan..maaf,dah lame didie ta isi kredit la u all..Dilla,maaf ta dapat join korang nak pegi MID VALLEY  7th may nanti sbb i don't have time la..and skang tngah pertimbangkan jemputan  Hazman syukri mao pegi Perak in the month of may nant..but i think sbb kesulitan sekarang saya kena tolak kowt.i swear! i miss u guys tp jgn ckp sy lupa kalian or sombong k..Aku minta maaf sangat2..Insyaallah ada jodoh kita nnt mesti jumpe..Aku sentiasa ingat korang.This hard time i feel want to lend someone shoulders to cry on and thanks to Uber and Arfah..Wlaupun sikit aku dpt curahkan,.

-A good friend is cheaper than therapy. 

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Terima kasih sudi menjengah :)

Wednesday, April 6, 2011

Dugaan 4 this few weeks

adakah aku sudah mengalami kemurungan?..hmm..simptom2 dah lame ade tp ta de la smpai ke situ yg thap mental celaru bagai.FACEBOOK aku apa khabar agaknya.dah lama tak online.Sehari before result kluar,My mom naik high blood pressure dia smapai 217 or tinggi lagi.SANGAT TINGGI KAN!..semasa dia solat magrib,dia rebah.hey,i was so shock 'bout this coz it never happen before.Alih2 terus dikejarkan ke hospital segamat.i was thinking why so suddenly.pressure ke?.i think not.sebab pemakanan kot.Ok,ckup cerita pasal my mom then aku terfikir ptut ke aku ambil keputusan keesokan hari?.siapa yang akn menguruskan adik dan baba kat rumah and if my result was'nt so good what will happen?aku khuatir ibu ku akan mengalami strok kerana doktor pun cemas dengan kenaikan secara mndadak itu.but.alhamdullilah ALLAH give us a chance.mom was okay tp ditahan di wad.And luckily my mom and dad fham aku.that week dirasakan susah sngt..then msuk minggu lepas pulak,baba or my dad  low blood pressure.yes,before this da 2 kali dia jatuh pengsan but Baba ni susah sngt nak jumpa doktor.bila dia betul2 sakit or tak than baru dia ke klinik.Mukanya aku tak perasan sebab baba pergi kerja cam biasa tp yg lainnya cuma my dad sngat kurang berckp.sunyi je.Ok dah la psal tu

     lg satu sebab aku malas online=Bkn apa,nak lari dari manusia tak thu malu.ingatkan tak kacau aku lg dah.Rupanya kat fon dok ganggu aku.fedup betul,tak boleh bg aku senang.Eh,mana ada aku menyepi la cme akuu nak lari pd orang tak selenga tu ja.Ptut aku buat akaun bru ke?buang masa je.delete orang2 itu?..Kang depa cakap apa pulak.tak pa lah..aku boleh curahkan kat blog ni ..my words for today:

       "Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul"

owh and lagi satu SYAZA NURAYA ALIA.may god bless you..semoga pembedahanmu djalankan dengan lancar.Doa rkan2mu dan keluarga sentiasa mengiringimu..
            




Terima kasih sudi menjengah :)

Tuesday, April 5, 2011

Secebis kata

   Diriku merenung ke luar jendela dan mengimbas kembali segala kenanganku bersama mereka..Ya,aku akui sememangnya diriku gembira dapat berteman dengan mereka..Tetapi,aku yang bersikap ego,aku ingin membantu mereka tetapi aku tidak mahu dibantu jadi bukan salah mereka jika mereka mulai berjauhan.Aku lemah..sememangnya aku lemah kerana diriku sendiri yang mengakibatkanya.Sering kali aku menitiskan air mata tetapi aku menidakkanya.aku hilang tempat mengadu.Dahulu aku ingin bersuara dan bercerita tapi aku merasakan aku semakin jauh dengan sahabatku.Sahabat yang sering menjadi tempatku mengadu.mahu laki-laki atau perempuan,aku sudah tidak berani lagi kerana banyak mulut yang menjadikan persahabatan kami menjadi satu tajuk perbualan..
           
                  Kini aku sedar sahabat yang paling setia dan menenangkan ialah Allah SWT.Kepadanya,kita akan sentiasa berasa sentiasa dihargai dan akan memperoleh ketenangan.Memang mnjadi lumrah mnusia mudah merasakan keseronokan duniawi dan alpa pada-Nya.Pada usiaku ini,banyak cabaran yang bakal ditempuhi dan menguji keimananku padanya.Untuk apa kita menilai orang lain sedangkan diri kita sendiri banyak kekurangan.Mungkin aku dikatakan menyisihkan diri daripada mereka tetapi aku lebih suka mengatakan bahawa aku mengambil sikap berjaga-jaga.Aku tahu diriku sering tersalah bicara jadi lebih baik aku bermuhasabah diri dari menilai seseorang itu.

                     Ingin aku menyatakan hasrat hati untuk mnjadi hambanya yang solehah dan matlamatku kini ialah mengjar ilmu dan menginsafi kesalahan yang lalu.Moga tercapai hasratku ini.
Terima kasih sudi menjengah :)