Kini aku sedar sahabat yang paling setia dan menenangkan ialah Allah SWT.Kepadanya,kita akan sentiasa berasa sentiasa dihargai dan akan memperoleh ketenangan.Memang mnjadi lumrah mnusia mudah merasakan keseronokan duniawi dan alpa pada-Nya.Pada usiaku ini,banyak cabaran yang bakal ditempuhi dan menguji keimananku padanya.Untuk apa kita menilai orang lain sedangkan diri kita sendiri banyak kekurangan.Mungkin aku dikatakan menyisihkan diri daripada mereka tetapi aku lebih suka mengatakan bahawa aku mengambil sikap berjaga-jaga.Aku tahu diriku sering tersalah bicara jadi lebih baik aku bermuhasabah diri dari menilai seseorang itu.
Ingin aku menyatakan hasrat hati untuk mnjadi hambanya yang solehah dan matlamatku kini ialah mengjar ilmu dan menginsafi kesalahan yang lalu.Moga tercapai hasratku ini.

No comments:
Post a Comment