1. Wanita muslim itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
==> dhiya kne always beringat . terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Waniat muslim memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
==> emm , no komen tp dhiya nmpak rmai je .. mngkin mereka tak tau
3. Wanita muslim memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu.
Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
==>jgn bubuh satu botol ea korang , skali laki bau .. pham2 la
4. Wanita muslim memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki
atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
==> ada juga dhiya kluarkan ayt tak elok tp lpas tu cpat2 la sedar prkataan yg dah d kluarkan ea
5. Wanita muslim tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
==> selalu jd .. emm , susah nak lrikan diri dari tak berkata2 .. nauzubillah
6. Wanita muslim memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya
ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup
alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti
yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yangbergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Wanita muslim memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplahdengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang
sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah
tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi
fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang
boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32
surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
==> aaa , pasni wat sore kasar ea ! ingat tuwh . =.=
8. Wanita muslim memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak
ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
==> mmg den ta suke mekap2 nieyh . huh
9. Wanita muslim tidak guna kain tudungyang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini,akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
==>tp sekarang ?? .. whatever asal den ta buat kan ..
ok , done .. aq/dhiya/red_violet/didie or whatsoever u call me . aku just berkongsi . ,tlong jgn ckp aku bajet or berlagak alim . weyh , ni sume da tertulis . benda ni utk peringatan aku jugak .. aku pun bukan sempurna , all don't ea tp aku sedar aq kne bnyk teliti diri ni . don't say aku cover ayu . that is how i'm dressing . aku ta perlu komen sbb aku tau aku tak lnggar hukum hakam agama .those yg perasan tu ,please . sedarlah anda bhawa kita ni hnya makluk tuhan yang sering diuji . sebesar mana kslahan or masalah ,tnangkan drimu dngn mndekati-Nya .

No comments:
Post a Comment